28.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai – ‘Bukan Nak Riak Tapi Itu Yang Saya Rasa’

    Shopee Sale



    Pelakon, Fazura memaklumkan kehidupannya lebih tenang dan bahagia selepas bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin.

    Saya bersyukur kepada Allah

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berkata, ungkapan katanya itu bukanlah untuk bersifat riak tetapi adalah kenyataan yang berlaku pada dirinya.

    Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.

    Saya bersyukur kepada Allah.

    Fazura berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

    Tak hirau kecaman

    Ketika ditanya mengenai kecaman yang diterimanya di media sosial, pelakon filem ‘Gol & Gincu’ memaklumkan dirinya tidak mengambil peduli dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.

    Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepda Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu dan lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    MENARIK:  ‘Kami Tak Buka Pun Bungkusan Itu Jadi Tak Tahu Apa Isi Di Dalamnya’

    Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.

    Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah