32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’

    Shopee Sale



    Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi, Amira Othman, pada Jumaat lalu.

    Fattah nafikan

    Mengakui tergelak membaca gosip yang tular, Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, dia berasa pelik bagaimana dakwaan tersebut boleh timbul.

    Saya ada dengar tentang gosip tersebut dan waktu itu saya terkejut kenapa tiba-tiba timbul gosip sedemikian. Namun ingin saya nafikan perkara itu adalah tidak benar.

    Saya tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh muncul. Saya tahu pun daripada kawan-kawan media yang maklumkan.

    Apabila saya baca, saya terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu keluar berikutan komen-komen netizen yang mendoakan saya.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan Raya Romantics di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Isnin.

    Tidak lebih dari kawan

    Berkongsi lanjut, Fattah memberitahu pihak pengurusannya sudah berhubung dengan pengurusan Amira mengenai perkara terbabit.

    Malah, dia menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan dan berjumpa hanya atas urusan kerja.

    Pihak pengurusan saya ada hubungi pengurusan Amira untuk bertanyakan tentang gosip itu. Sudah tentu kami berdua sama-sama terkejut.

    Kalau gosip itu betul, sudah tentu kisah pertunangan itu tidak boleh disorokkan. Macam saya cakap sebelum ini, kami berdua hanya kawan. Hubungan itu sekadar urusan kerja sahaja.

    Saya dan Amira masih banyak kerjasama seperti Jakel, jadi kami sering berjumpa atas urusan kerja. Selain daripada itu, tidak lebih dari kawan.

    Dalam pada itu, disoal mungkin ada pihak yang berniat jahat, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah hanya berdoa dirinya dilindungi Allah daripada sebarang perkara tidak baik.

    Kalau ada orang berniat buruk, saya tidak tahu apa motif dia. Saya hanya berdoa Allah lindungi saya daripada perkara yang tidak baik.

    Terdahulu, sebuah portal mendakwa Fattah dan Amira sudah bertunang pada Jumaat lalu dan mendakwa mereka bakal bernikah pada Syawal.

    MENARIK:  [VIDEO] Rakan Nur Farah Kartini Sebak Kenang Jasa Baik Arwah – ‘Semasa Saya Kemalangan, Dia Orang Pertama Ada Di Wad Kecemasan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah