25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Farid Kamil ‘No Comment’, Diana Danielle Harap Bercerai Hari Ini

    Shopee Sale



    Pelakon Diana Danielle berharap proses perceraian dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan permohonan cerainya terhadap suami, Farid Kamil dapat dinoktahkan, hari ini.

    Tetap mahu bercerai

    Diana yang tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi dengan memakai jubah berona merah jambu berkata, dia tetap mahu bercerai dengan Farid.

    Diana yang turut hadir sambil diiringi dua orang ‘bodyguard’ berharap Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memahami apa yang diinginkannya.

    Saya harap cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah uruskan benda sama. Saya tetap nak dilepaskan.

    Saya harap dia memahamilah ya.

    Sementara itu, Farid yang tiba sekitar jam 9.40 pagi bersama peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memilih untuk mengunci mulut.

    MENARIK:  Kanak-Kanak Boleh Main PERCUMA* Di Taman Tema Gamuda Land Bermula Hari Ini Hingga 30 Jun 2024! 

    Sekadar info, kontroversi dan kemelut rumah tangga mereka bermula selepas Diana mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu.

    Imbas kembali, Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah