26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Keluarga Tanya Bila Nak Kahwin’ – Hun Haqeem

    Shopee Sale

    Pelakon, Hun Haqeem mengakui dirinya tidak terkecuali daripada menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga sama seperti individu lain, namun menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada ketentuan masa.

    Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Bakal Jalani Rawatan Lutut Selama Tiga Bulan – ‘Sakit Tak Boleh Bincang’

    Jodoh di tangan Tuhan

    Hun, 28, berkata perkara berkaitan jodoh bukan sesuatu yang mudah untuk dijelaskan kerana melibatkan banyak faktor termasuk kesiapsiagaan diri.

    Saya pun tertanya-tanya juga (jodoh), tapi ia satu perkara yang sukar untuk diberitahu. Terutama soal jodoh, siapa saja tak nak kahwin. Saya juga salah seorang nak kahwin. Sudah tentu saya ada juga terima soalan bila nak kahwin.

    Tambah Hun lagi, pertanyaan mengenai jodoh sering diajukan oleh ahli keluarganya, namun bukan bertujuan untuk mencampuri urusan peribadi, sebaliknya sebagai tanda keprihatinan.

    Keluarga saya sangat penyayang, jadi mereka akan tanya khabar dan bila nak kahwin. Tapi mereka tanya bukan sebab sibuk nak tahu, tanya kita dah bersedia ke, adakah saya buat keputusan yang betul, macam mana kerja.

    Mereka tanya mengenai kesihatan mental saya. Saya suka bercakap perkara itu bersama keluarga. Saya pun tak ada masalah untuk nak kahwin. Doa yang baik-baik. Saya pun tak mencari tapi biar masa yang datang.

    Dalam pada itu, Hun turut berkongsi perancangannya untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Sarawak, namun kepulangannya ke kampung akan sedikit lewat kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan rakannya terlebih dahulu.

    Saya memang akan beraya di Sarawak tapi lewat sikit, raya ketiga baru balik sana. Kawan saya nak kahwin, saya pun dah berjanji dengan dia yang saya akan datang majlis dia.

    Alhamdulillah keluarga saya pun okay saja saya balik lewat sikit. Saya pun okay saja sebab ada juga keluarga yang masih berada di KL.

    Memang raya keutamaan kita adalah keluarga tapi bagi saya, kalau kita tak dapat bersama mereka, kita cuba bersama kawan-kawan, orang yang kita sayang juga.

    The post ‘Keluarga Tanya Bila Nak Kahwin’ – Hun Haqeem first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Musim E-Filing Bermula 1 Mac, LHDN Ingatkan Pembayar Cukai Sedia Dokumen Awal

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah