29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ebby Yus Pernah Pakai Empat Kereta Mewah Serentak – ‘Selepas Itu Terpaksa Jual Sebab Saya Sakit’

    Shopee Sale



    Pelawak, Ebby Yus mendedahkan dirinya pernah memiliki empat buah kenderaan mewah dalam masa yang sama satu ketika dulu.

    Terpaksa jual

    " data-video-id="7473427522005290248">
    @soutudeenFull vid ada kat youtube & spotify soutudeen.? original sound – Soutudeen

    Walau bagaimanapun, kesemua kenderaan itu terpaksa dijual selepas dirinya diuji dengan masalah kesihatan.

    (Dulu) saya dapat pakai empat buah kereta mewah dalam satu masa.

    Selepas itu saya mula sakit yang agak kuat dan kritikal jadi, saya mula jual semuanya.

    Jelas Ebby, dia juga terpaksa melepaskan sebuah restoran yang diusahakannya kerana mahu memberikan fokus untuk merawat sakit yang dihadapinya.

    Kepala dan fikiran saya dah mula fokus kepada sakit.

    Saya pergi berubat di setiap negeri di Malaysia, daripada Batu Pahat, Johor sehinggalah ke Changlun, Kedah.

    Dengan duit saya jual kereta itulah saya gunakan untuk rawatan.

    Ebby berkongsi perkara tersebut ketika sesi podcast ‘soutudeen’ bersama pempengaruh Singapura iaitu Dyn Norahim.

    MENARIK:  Mila Jirin: Waktunya Bella Memikirkan Diri Sendiri dan Mencari Kebahagiaan Sejati

    Berhabis ratusan ribu

    Ketika ditanya berapa jumlah yang digunakan untuk rawatan, pelakon sketsa ‘Jenaka Kampung Kalut’ mendedahkan sudah berhabis ratusan ribu ringgit.

    Ratusan ribu ringgit juga yang sudah saya perhabis.

    Kalau kita fikirkan balik, tak ada pun yang milik kita di dunia ini. Isteri, anak dan ibu ayah bukan milik kita.

    Allah beri kita satu amanah tapi sampai satu masa, Dia akan ambil sebab itu hak Dia.

    Dan segala kemewahan saya pada ketika itu termasuk nyawa saya ini adalah pinjaman dari Allah SWT.

    Terdahulu, Ebby Yus menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu.

    Memetik laporan Berita Harian, Ebby menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah