
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan jawapan spontannya ketika sesi siaran langsung di TikTok bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah pada Ahad.
‘Semua ada cara masing-masing’
Ketika sesi live berlangsung, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Astillah mengajukan soalan kepada Syed Saddiq berkenaan cara dia menangani tekanan kerja dan stres dalam kehidupan seharian.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah jawapan spontan Ahli Parlimen Muar itu yang berseloroh bahawa duduk di sisi Bella sahaja sudah cukup untuk menghilangkan stres.
Duduk tepi Bella.
Tak lah, semua ada cara masing-masing.
Macam saya, bersukan adalah salah satu cara saya hilangkan stres. Bukan satu sukan je, tapi macam-macam.
Saya akan bersenam selepas subuh dan membaca salah satu cara saya.
Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak menafikan bahawa sokongan daripada orang terdekat juga memainkan peranan besar dalam mengurangkan tekanan.
Tapi tak dinafikan, bila kita bersama dengan orang yang kita dah berkongsi banyak benda, ianya akan bantu kita hilangkan stres.
Tapi kalau Bella asyik marah je, bertambah stres. Tapi Bella tak seperti itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan Syed Saddiq dan Bella. Mereka juga tidak menyangka Ahli Parlimen Muar itu sudah ‘berani’ berseloroh sedemikian di hadapan ribuan penonton ketika siaran langsung.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan netizen masih tertanya-tanya adakah pasangan itu kini sedang dilamun cinta atau hanya sekadar rakan kerja.





