30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Didi Astillah Dilamar Pada Malam Tahun Baharu, Kekasih Melutut & Serah Cincin Di Bawah Percikan Bunga Api

    Shopee Sale

    Tirai tahun 2026 dibuka dengan satu momen yang cukup romantis buat penyanyi dan pelakon, Didi Astillah. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga – ‘Hasil Duit Itulah Diguna Untuk Bantu Bella Fokus Belajar’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata Didi Astillah Gugur Tengok Kaabah, Ucap Terima Kasih Pada Bella – ‘Thank You Bawa Adik Kak Long’

    Tahniah!

    View this post on Instagram

    A post shared by Didi Astillah (@didiangelastillah)

    Siapa sangka, di tengah-tengah kemeriahan sambutan ambang tahun baharu, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, telah menerima lamaran daripada kekasih hatinya, Diniey Ng.

    Momen yang berlaku semasa acara konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri itu dikongsikan Didi menerusi satu hantaran di Instagram.

    Mulakan tahun baharu dengan ‘yes’ (ya)

    Ketika jam menunjukkan tepat detik tengah malam sambil ruang angkasa dihiasi percikan bunga api, Diniey mengambil kesempatan itu untuk melutut dan menyerahkan sebentuk cincin kepada Didi.

    MENARIK:  Anna Jobling Akan Menghantar 1,000 Kad Raya Buatan Sendiri Kepada Peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei

    Apa yang lebih menarik perhatian adalah kehadiran ibu Didi, Siti Zarina Roslan, yang turut menyaksikan detik romantis itu secara langsung. 

    Sebaik sahaja lamaran diterima, Diniey dilihat terus bersalaman dengan bakal ibu mentuanya itu.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pasangan berkenaan masih belum berkongsi butiran lanjut mengenai majlis merisik atau tarikh pertunangan mereka. 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan berharap agar segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga kelak dipermudahkan.

    Sumber: Instagram Didi Astillah

    The post [VIDEO] Didi Astillah Dilamar Pada Malam Tahun Baharu, Kekasih Melutut & Serah Cincin Di Bawah Percikan Bunga Api first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah