26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah

    Shopee Sale

    Khabar angin mengenai penyatuan kasih di antara ahli politik, Syed Saddiq bersama selebriti terkenal Bella Astillah akhirnya terjawab apabila mereka mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kongsi Video Dengan Keluarga, Netizen Tanya – ‘Itu Hantaran Ke? Get Ready Seminggu Lepas Raya’

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq

    BASS bertunang

    Menerusi sesi siaran langsung, Bella mengenakan busana tradisiona dipadankan dengan tema majlis tersebut berwarna kuning.

    Ibu kepada Ahli Parlimen Muar tersebut melengkapkan majlis berkenaan mengikut adat resam Melayu dengan menyarung cincin di jari manis pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, 32.

    Pasangan itu juga saling menukar hantaran iaitu lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan sebagai tanda ikatan pertunangan mereka yang disambut dengan penuh berkat.

    MENARIK:  ‘Rumah Si Mati Ada 13 Janin Dalam Botol, Dia Telan Untuk Nampak Cantik..Pakai Susuk Di Kemaluan & Dada’ – Pak Munawer

    Momen penuh bermakna yang berlangsung di ibu negara itu turut dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat.

    Pasangan itu juga dilihat menggunakan tanda pagar atau hashtag #BellaSyedYes khusus untuk hari bahagia mereka.

    Menjengah ke ruangan komen, pasangan popular itu dibanjiri dengan ucapan tahniah, selain warganet turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan sehingga menuju hari bahagia.

    Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

    Sebelum ini media melaporkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang manakala majlis perkahwinan dijangkakan berlangsung beberapa bulan lagi.

    Sumber: Astro Gempak

    The post [VIDEO] Dari Teman Sekerja, Syed Saddiq Kini Sah Tunangan Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah