28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] #CSOIAM: Yusry Menyesal Bagi ‘Imuniti’ Pada Rezza Shah, Ziana Kecewa Persembahan ‘Hancur’

    Shopee Sale



    juri oiam

    Juri tetap Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Datuk Yusry Abdul Halim tidak berpuas hati dengan persembahan dipamerkan Rezza Shah yang menyampaikan lagu Kembali Merindu dan Seragam Hitam pada konsert minggu keempat.

    Ada masalah disiplin

    rezza oiam

    Yusri berkata, dia menyesal memberikan ‘imuniti’ kepada Rezza sewaktu peserta itu tersingkir pada minggu pertama.

    Persembahan awak setiap minggu ada jadi ada tak. Awak jangan ingat juri tak tahu masalah disiplin awak.

    Terus terang saya katakan, saya menyesal bagi imuniti dekat awak. Peluang itu patut bagi pada peserta lain yang sudah terkeluar.

    Saya harap semua orang kena berdisiplin, walaupun suara awak sedap tapi disiplin sangat penting.

    Semangat hilang

    " data-video-id="7459017904076360978">
    @official Pentas malam ni panas gila dengan persembahan Rezza Shah! # #fyp #OIAM #calpissodaoiamtv3 #sejutasodasatujuara #calpismalaysia ? original sound – OHBULAN!

    Sementara itu, juri tetap Ziana Zain turut meluahkan rasa kecewa dengan persembahan Rezza yang dikatakan tidak bertenaga dan mempunyai masalah ‘pitching’.

    Apa jadi dengan awak? Minggu ini awak paling teruk. Dari hari pertama masuk sini, awak dah kena fokus.

    Juri pecah kepala kena fikir, tempo dalam nyanyian lari, nyanyi tiada semangat. Saya tak rasa langsung tenaga awak. Awak nyanyi macam nak tak nak saja, tolong jadi serius.

    Bertemakan ‘Senergi Muzik’ konsert minggu keempat menyaksikan seramai lapan peserta berentap untuk melangkah ke minggu seterusnya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah SWT’ – Syed Saddiq

    CSOIAM dijurikan oleh Datuk Yusri Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan. Manakala, penyangi Hael Husaini diundang selaku juri jemputan.

    Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

    Bagi undian pula, boleh ke http://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah