Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B berkongsi rakaman suara yang diterima daripada seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tanggung hidup
Menerusi rakaman suara yang dikirimkan, individu itu secara berseloroh betanyakan kepada Cik B adakah dia sudi menanggung hidupnya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan tersebut .
Malah individu berkenan turut menawarkan diri untuk menjaga DSV sekiranya Cik B keluar bekerja.
Cik B, saya nak SPM. Tapi kalau saya gagal boleh ke Cik B tanggung hidup saya.
Saya boleh jaga Datuk Vida kalau awak keluar pergi kerja. Cik B tolonglah balas mesej saya.
Dalam masa sama, individu tersebut meminta Cik B mendoakannya agar dipermudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan.
Cik B yang berkongsi semula rakaman itu di TikTok miliknya akui terhibur dengan gelagat pemuda itu.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut berasa lucu selain ada yang ingin mencuba melakukan perkara sama.