29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bakal Mendirikan Rumah Tangga Buat Kali Ketiga, Hasnol Pilih Akauntan Berstatus Anak Dara Sebagai Suri Hati

    Shopee Sale



    Penyanyi Hasnol memberitahu dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 40-an dan berstatus anak dara, Disember depan.

    Kenal di TikTok

    Menerusi laporan BH Online, Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff berkata, dia tidak serik untuk berkahwin kali ketiga meskipun pernah dua kali bercerai sebelum ini.

    Tambah Hasnol, dia mengenali wanita tersebut di aplikasi TikTok sejak empat tahun lalu.

    Kami berkenalan di aplikasi TikTok empat tahun lalu. Hubungan itu mula serius dua bulan kebelakangan ini. Insya-Allah, saya bakal tamatkan zaman duda akhir tahun ini.

    Pada mulanya, saya sangka dia sudah berpunya berdasarkan foto lelaki yang dia muat naik di platform terbabit. Lagipun, saya bukan jenis yang suka ganggu kekasih orang.

    Hanya selepas gambar lelaki itu tidak lagi kelihatan, barulah saya berani menyapanya. Wanita itu berusia 40-an dan belum berkahwin.

    Dia juga berasal dari Temerloh, Pahang dan bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta.

    Cukuplah saya kenalkan dia sebagai Z.

    Berbicara lebih lanjut, Hasnol mengakui dia tertarik dengan pendirian tegas wanita terbabit.

    Dia seorang yang tegas dan sikapnya itu membuatkan saya terikut-ikut untuk bertegas dengan keputusan sendiri. Dia boleh memacu saya ke depan dan mengajar saya untuk mengikut naluri sendiri dalam membuat keputusan.

    Wanita seperti itulah yang saya perlukan dalam hidup ini.

    Disoal mengenai majlis yang akan diadakan nanti, penyanyi berusia 54 tahun itu memberitahu mereka akan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana.

    Majlis perkahwinan kami nanti secara sederhana biarpun berkemampuan untuk buat secara besar-besaran. Apa yang boleh saya katakan dia adalah anugerah dari kayangan.

    MENARIK:  Pierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah