
Kejayaan pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra masih menjadi bualan di media sosial apabila berjaya memperoleh RM45.7 juta kutipan hasil 11 hari tayangan filem aksi Blood Brothers: Bara Naga.
Hanya 64 hari hasilkan Blood brothers
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, salah seorang daripada pasukan sinematografi dilihat berkongsi beberapa momen yang diambil ketika sesi penggambaran filem aksi ini berlangsung.
Dalam pada itu, individu yang dikenali sebagai Nicholas itu turut mendedahkan tempoh masa yang diambil bagi menghasilkan filem Blood Brothers: Bara Naga.
Saya gembira membuat semua ini.
Tepukan untuk pasukan saya dan pengarah Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.
64 hari dihabiskan bagi menghasilkan filem ini.
Netizen kagum




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tempoh masa yang dianggap singkat bagi menghasilkan filem yang berkualiti sebegitu. Selain itu, warganet turut memuji sinematografi yang dihasilkan oleh pasukan Nicholas dalam setiap sudut filem Blood Brothers: Bara Naga.
Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam sekali gus menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan luar biasa.
Blood Brother: Bara Naga dibintangi Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.
Bagi mereka yang belum menyaksikan filem tersebut boleh serbu pawagam yang berdekatan dengan anda dan saksikan sendiri filem epik yang mengubah landskap filem aksi tempatan.





