30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bersabar Untuk Anak? Sudah Setahun Saya Bersabar’ – Uqasha Senrose

    Shopee Sale

    Pelakon, Uqasha Senrose mengakui sudah lama bersabar dan berusaha mempertahankan rumah tangga sebelum benar-benar nekad memfailkan perceraian terhadap suami, aktor Kamal Adli.

    Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli

    ‘Bersabar untuk anak’

    Uqasha atau nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, dia juga selama ini bertahan demi puterinya, Hawra Uqaira.

    Bersabar untuk anak? Kerana untuk anak itu lah sudah setahun saya bersabar.

    Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Rabu.

    Dalam sesi sama, aktres itu juga mengakui kemelut yang melanda rumah tangganya ketika ini adalah ujian buat dirinya.

    Betul ini adalah dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagiaan saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji.

    Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa.

    Terdahulu, mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Dua Jam ‘Live’ Dapat RM100K – ‘Tak Sama Dengan Gaji Lain’

    Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama yang berlangsung pada Rabu.

    Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.

    Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira berusia 18 bulan.

    Video

    " data-video-id="7563961153215302930" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sajenakpost

    #uqashasenrose #kamaladli #cerai #semogadipermudahkan #fyp

    ♬ original sound – sajenakpost – sajenakpost

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Bersabar Untuk Anak? Sudah Setahun Saya Bersabar’ – Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah