30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Belanja RM250k Bawa 23 Pemenang Tunai Umrah, Warganet Puji Usaha Murni Bulan Bintang

    Shopee Sale

    Jenama baju Melayu terkenal, Bulan Bintang, sekali lagi mencuri perhatian apabila menunaikan janji menghantar 23 individu bertuah menunaikan umrah di Makkah dengan perbelanjaan hampir RM250,000.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengasas Bulan Bintang Tidak Melatah Replika Baju Gergasi Dikait Dengan Amalan Karut – ‘Saya Menekankan Baju Melayu Sebagai Pakaian Kebangsaan’

    MENARIK:  [VIDEO] Fahrin Ahmad Gagal Tahan Sebak, Menangis Ketika ‘Live’ WHI Sebab Rindu Arwah Ibu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terselit Rezeki Ibu Tunggal Menang Hadiah Umrah Dalam Baju Melayu Bulan Bintang’

    Tetamu Allah SWT

    " data-video-id="7577400523788258581" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @meripergibulat

    Pergi umrah dengan pemenang hadiah. bulanbintang

    ♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy

    Menerusi kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya, seramai 14 pemenang lelaki dan 9 pemenang wanita diraikan dalam satu rombongan khas yang diatur bersama Tabung Haji Travel and Services.

    Menurut Pengasasnya, Azzim Zahid Azmi atau lebih dikenali sebagai Meri, berkongsi rasa syukur kerana dapat melihat pemenang-pemenang itu menjadi tetamu Allah pada musim ini.

    Bila saya bercakap mengenai perkara ini, saya rasa sangat gembira. Untuk tahun-tahun sebelum ini, kami menghantar pemenang bertuah pakej umrah secara berasingan.

    Tahun ini sedikit istimewa apabila kami berkolaborasi bersama Tabung Haji Travel and Services, mereka berbesar hati mengatur satu rombongan besar untuk semua pemenang menunaikan umrah.

    Di Instagram dan TikTok, Bulan Bintang berkongsi detik sebelum rombongan berlepas serta momen mereka di Tanah Suci.

    Perkongsian itu menerima pujian warganet yang rata-ratanya memuji usaha murni jenama tersebut.

    Untuk rekod, kempen Terrrrpaling Raya ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan yang menyokong jenama tersebut. Secara keseluruhan, RM11 juta dibelanjakan dan dikembalikan semula kepada pembeli.

    Antara yang menjadi tumpuan ialah pemberian 150,000 sampin percuma, melibatkan peruntukan RM6.2 juta. Pelanggan juga boleh memilih baju batik modern fit bernilai RM129 secara percuma yang keseluruhan melibatkan kos kira-kira RM1.6 juta.

    Selain itu, pembeli turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta, termasuk dua kereta, motosikal, iPhone, pakej umrah dan percutian.

    The post [VIDEO] Belanja RM250k Bawa 23 Pemenang Tunai Umrah, Warganet Puji Usaha Murni Bulan Bintang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah