28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Banyak Wanita Ingin Memeriksa Telefon Suami Selepas Melihat Babak Curang Shukri Yahaya Menggunakan Microsoft Excel

    Shopee Sale



    curang microsoft excel

    Drama Layang-Layang Perkahwinan lakonan Shukri Yahaya, Ezzani Jasny dan Alya Iman sekali lagi mencuri perhatian ramai.

    Idea luar kotak

    curang microsoft excel

    Menerusi perkongsian di TikTok, terdapat satu babak di dalam drama tersebut yang menunjukkan bagaimana watak Azim (Syukri) dan Tsuraya (Alya) menggunakan helah untuk curang.

    Adegan tersebut memaparkan watak Saida (Ezzani) dan anaknya sedang beredar meninggalkan suaminya, Azim. Namun tidak lama selepas itu Azim menerima notifikasi di telefon bimbitnya.

    Paling menarik perhatian adalah notifikasi mesej yang dihantar oleh Tsuraya menggunakan Microsoft Excel. Sangkaan penonton meleset apabila ternyata mesej manja yang dihantar dan ianya bukanlah dokumen berkaitan syarikat. Taktik tersebut digunakan supaya hubungan mereka tidak terbongkar.

    I miss you baby.

    Azim kemudian dilihat tersenyum selepas membaca mesej tersebut.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan idea luar dari kotak yang ditonjolkan di dalam drama tersebut.

    Dalam masa yang sama, mereka juga mula berasa curiga dan mahu memeriksa telefon pasangan masing-masing.

    Ah sudah nak kena check google drive, excel, microsoft word, semua la.

    Dah bertahun tak check telefon suami. Nanti malam aku nak check la telefon laki aku.

    Lepas tengok cerita ni baru tahu dekat excel pon boleh curang.

    Letih la macam ni nak kena fikir sampai ke excel pulak , tapi dah terkawin terpaksa kena overthinking.

    MENARIK:  Alif Satar Menegaskan #GengSubuhMacamJumaat Tidak Berkaitan dengan Politik - ‘Tidak Boleh Mengklaim Kerana Ia Adalah Tuntutan Agama’
    " data-video-id="7330080268809751809" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @mayadeens

    Kawan lelaki aku tak bagi post, takut method kena expose lah tuu? ini wow teruk! kdrama pun tak terfikir nak letak scene gini. Conversation dekat excel sheet ek? Download sooka app dan strim Megadrama: Layang-Layang Perkahwinan dengan serendah RM14.90/bulan, TANPA KONTRAK. Episod pertama adalah PERCUMA, download dan strim sekarang! #sooka #sookamalaysia #LayangLayangPerkahwinan #sookaGotDrama #syukriyahaya

    ? suara asli – Musiceveryday – ?????????????22

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah