Penyanyi dan pelakon, Amira Othman tampil menafikan dakwaan kononnya dia dan pelakon, Fattah Amin sudah merancang untuk berpakaian sedondon.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Artikel Berkaitan: Ibu Fattah Amin Puji Cantik, Amira Othman Balas – ‘Ini Ibu Atau Anak Yang Komen?’
‘Sama tu sebab kebetulan’
Spekulasi itu timbul apabila kedua-duanya dilihat mengenakan pakaian berona putih dalam dua majlis berbeza yang berlangsung pada hari yang sama.
Penampilan mereka yang kelihatan sedondon dari segi warna pakaian menarik perhatian netizen, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian di media sosial.
Namun begitu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, menegaskan bahawa perkara tersebut hanyalah satu kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Baju kami (Fattah) sama tu sebab kebetulan. Saya tak tipu tau, tak baik kata saya tipu. Memang saya tak tahu pun dia pakai baju warna apa, dia pun sama.
Untuk info, Amira hadir ke satu majlis sidang media bagi pelancaran single terbaharunya berjudul Dalam Sujudku, manakala Fattah Amin pula menghadiri majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) yang berlangsung pada petang Selasa.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Baju Saya & Fattah Sedondon Tu Kebetulan, Saya Tak Tipu’ first appeared on OHBULAN!.



#amiraothman #fattahamin #ourfas #doabaikbaik
#amiracleforfattah 

