27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Asyraf Khalid Ubah Pilih Kehidupan ‘Privacy’, Dedah Jam Tangan Hilang Selepas Konten ‘Tour’ Rumah – ‘Saya Kurang Kongsi Soal Kemewahan’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Asyraf Khalid mendakwa barang kepunyaannya hilang selepas melakukan konten bersama pempengaruh yang terkenal dengan konten ‘What do you do for a living’, iaitu Koocester.

    Jam tangan mewah dicuri

    " data-video-id="7490840627450514696">
    @youcasttt Rumah @Tun Asyraf Khalid ™ ? original sound – Youcast

    Menerusi podcast yang dikendalikan pempengaruh Yousaf, Asyraf mendakwa rumah kediamannya telah dimasuki pencuri yang kemudiannya mencuri beberapa jam tangan mewah kepunyaannya.

    Saya dan Koochester memang mengikuti satu sama lain di media sosial. Kemudian, dia minta izin untuk buat konten review rumah saya.

    Bila dia masuk rumah, dia tengok ada jam dan minta izin untuk buat konten koleksi jam saya.

    Tapi masa itu saya tak ada pula jangkakan yang penonton akan ‘target’ jam saya.

    Selepas video itu tular, barang-barang dalam rumah saya kena ambil.

    Ada orang masuk rumah kemudian ambil beberapa barang seperti jam tangan.

    Ambil keputusan pindah rumah

    Selepas kejadian itu, anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengambil keputusan untuk pindah rumah ke kawasan yang lebih ‘privacy’.

    Selepas kejadian itu, saya terus ambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih ‘private’.

    Dan rumah saya yang sekarang ini tak ada sesiapa yang tahu kecuali keluarga dan rakan rapat.

    Bercerita lanjut, Asyraf juga menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran dan memilih untuk tidak lagi berkongsi tentang kemewahannya di media sosial.

    Saya juga buat keputusan untuk ubah cara saya sebab kalau dulu saya selalu kongsi gambar rumah, kereta dan percutian saya di Instagram.

    Sampaikan ayah saya pernah tegur dan marah sebab dia takut akan penyakit ain.

    Dia nasihat bahawa kita tak boleh tunjuk-tunjuk apa yang kita ada sebab takut penyakit ain.

    Jadi selepas kejadian barang dalam rumah hilang itu saya rasakan ini satu pengajaran buat saya.

    MENARIK:  Janna Nick Tiada Niat Buat Lawak ‘Double Meaning’, Sebut Perkataan ‘Besar’ & ‘Keras’ Hanya Spontan – ‘Terima Kasih Tegur’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah