23.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ashraf Muslim Ajak Orang Ramai Sertai Askar Wataniah – ‘Yang Minat Ketenteraan & Survival Hutan, Rugi Tak Ambil Ilmu’

    Shopee Sale



    Ashraf Muslim

    Pelakon Ashraf Muslim mengajak orang ramai yang berminat dengan ketenteraan untuk menyertai Askar Wataniah.

    Banyak manfaat

    Ashraf Muslim

    Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama lengkap Muhd Ashraf Muslim, 42, memberitahu banyak kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi sekiranya menyertai badan sukarelawan tersebut.

    Saya ingin beritahu kepada mereka di luar sana yang berminat dengan askar, berminat dengan senjata, ketenteraan atau ‘survival’ dalam hutan, rugi jika anda tidak mengambil ilmu itu.

    Bukan meminta anda untuk jadi askar sepenuh masa, ini hanya askar sukarela. Banyak kelebihan dan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.

    Dalam pada itu, Ashraf berkata, pengalaman yang akan ditimba dalam Askar Wataniah sememangnya menarik dan menyeronokkan.

    Saya syorkan untuk mereka datang dan lihat sendiri, banyak latihan yang diajar. Peranan kubu, simulasi serang hendap dan sebagainya. Memang seronok dan menarik.

    Kalau betul anda berminat jom sertai, daripada asyik tonton cerita ketenteraan atau bermain game, apa salahnya cuba. Kalau berani, kalau anak jantan jom sertai Askar Wataniah.

    Terdahulu, Ashraf meluahkan rasa syukur apabila ditauliahkan dengan pangkat Leftenan dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tentera Darat yang berlangsung pada Mac lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Hisyam Hamid Sensitif Lakon Watak Pukul Wanita, Tempelak ‘Abuser’ Rumah Tangga – ‘Carilah Lawan Yang Sepadan’

    Video

    " data-video-id="7402895219420679444">
    @ashraf.muslimLets join askar Wataniah Berminat boleh dm saya? original sound – Ashraf Muslim

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah