Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin mempertahankan tindakan adiknya, Syida Melvin yang turut membawa anak-anak bersama ketika hadir bertemu bekas suami di kediaman kelamin mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Cakap Adik-Beradik Tak Payah Masuk Campur, Kau Boleh Diam!’ – Syifa Melvin
Tindakan Syida

Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik semula di Threads, Syida berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan bekas suaminya, Syafiq Azim dipercayai sedang dalam keadaan marah lalu menjerit dengan kuat.
Di dalam video tersebut kelihatan anak mereka turut berada berdekatan dengan Syafiq.
Pia dekat sebelah, aku pula dekat depan Kaabah masa ini. Aku pergi umrah dengan adik beradik tetapi tak bawa anak-anak.
Aku dekat Makkah dia telefon. Ini salah satu sebab aku keluar rumah.
Ini antara mental abuse yang dia buat. Anak tengah baring dekat sebelah.
Sementara itu, Syifa mendakwa klip video berkenaan sudah cukup menunjukkan bukti tingkah laku Syafiq di hadapan anak-anaknya.
Kepada yg cakap “kenapa gaduh bawa anak?” Hari ini Syida masuk rumah dengan anak-anak, teruja rindu rumah.
Video ni masa April 2025, dia sendiri jerit depan Pia.
Anak-anak pun dah tak kisah dia yang tunjuk perangai dia sendiri depan anak-anak.
Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman berkenaan bagi meminta Syafiq keluar dari rumah yang pernah didiami mereka sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.
Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin first appeared on OHBULAN!.





