Pelakon Datin Zizie Izette berkongsi momen bersama anak-anaknya selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan dana RM2.8 juta.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Bebas Tuduhan Subahat Rasuah RM2.8 Juta – ‘Saya Bayangkan Suami Di Sebelah Ketika Keputusan Dibacakan’
Zizie Izette sebak
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Zizie dilihat pulang ke rumah sebelum terus memeluk erat anak-anaknya. Pelakon itu tidak dapat menahan sebak apabila mengalirkan air mata sebaik bertemu insan tersayang.
Dalam video berkenaan, Zizie meluahkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah memihak kepadanya dan berkata perkara pertama yang mahu dilakukan adalah memeluk anak-anaknya.
Pertama sekali, Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah.
Sekarang, saya hanya nak peluk anak-anak saya. Mereka adalah segalanya buat saya dan segala yang saya lakukan adalah untuk mereka.
Perkongsian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar Zizie dan keluarganya terus diberikan kekuatan.
Terdahulu, Zizie Izette dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM2.8 juta.
Kes berkenaan berkaitan dakwaan rasuah melibatkan suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad, berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.
Zizie sebelum ini didakwa bersubahat membantu Bung Moktar mendapatkan suapan berjumlah RM2.2 juta serta memperoleh dua lagi suapan masing-masing berjumlah RM262,500 dan RM337,500 melalui akaun pelaburan yang didaftarkan menggunakan namanya.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Anak-Anak Adalah Segalanya Buat Saya, Semua Yang Saya Lakukan Hanya Untuk Mereka’ – Zizie Izette first appeared on OHBULAN!.





