Pelakon Amyza Aznan berkongsi momen menyentuh hati apabila menziarahi pusara anaknya, Allahyarham Andre Mikhail, selepas dua bulan pemergiannya menghadap Ilahi.
Artikel Berkaitan: ‘Genap Sebulan Duhai Anak Solehku, Andre Mikhail’ – Amyza Aznan
Artikel Berkaitan: ‘Perasaan Sedih Tetap Ada, Saya Cadang Buat Tahlil Untuk Andre Pada Hari Raya Pertama’ – Amyza Aznan
Pusara didatangi burung merpati
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, dia meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan pusara anaknya yang dikelilingi sekumpulan burung merpati.
Dalam pada itu, Amyza Aznan turut mempersoalkan amalan arwah sehingga dirinya disayangi bukan sahaja oleh manusia, malah juga oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.
Apakah rahsia amalan mu anak.
Kamu disayangi dan didoakan oleh ribuan hamba Allah.
Bukan saja oleh manusia tapi istanamu dikunjungi oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.
Al-Fatihah anak solehku.
Untuk rekod, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu.
Dalam pada itu, Amyza dan keluarga sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam turut disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.
Difahamkan, Andrian kini sedang menjalani rawatan alternatif dalam usaha melawan penyakit tersebut.
Sumber: Threads @amyzaaznankaaia
The post [VIDEO] Amyza Aznan Dedah Pusara Andre Mikhail Didatangi Burung Merpati – ‘Apa Rahsia Amalanmu, Anak’ first appeared on OHBULAN!.





