27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ammar Alfian Bakal Bersara, Mahu Ubah Karier – ‘Saya Pun Dah Nak Dekat 40’

    Shopee Sale

    Pelakon Ammar Alfian meluahkan hasrat untuk bersara daripada industri seni demi mengubah karier dan kehidupannya ke arah lebih baik.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

    MENARIK:  Dahlia Rizal Bagi Hadiah Ducati Scrambler Untuk Suami Sempena ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Perlu Adik Angkat Tak?’

    Artikel Berkaitan: Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah – ‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’

    Drama melayu klise

    " data-video-id="7605119924444433685" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Pelakon Ammar Alfian meluahkan hasrat untuk bersara daripada industri seni demi mengubah karier dan kehidupannya ke arah lebih baik. # #ammaralfian

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Ketika ditemui , Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, mengakui bahawa dia memilih naskhah yang mampu mengekalkan reputasinya sekali gus mengelak daripada sebarang kontroversi yang tak diingini.

    Sekarang saya dah di tahap boleh pilih apa yang saya nak, jadi saya pilih yang boleh menjaga nama saya.

    Kalau kena dengan watak, okay saja. Mungkin drama tidak, saya dah tak mahu terlibat. Filem saja.

    Tambah pelakon drama bersiri Tari Tirana itu, dia enggan terlibat dalam sebarang drama yang disifatkan klise dengan menampilkan jalan cerita yang tiada pembaharuan.

    Selain itu, Ammar turut membuat pendedahan bakal bersara daripada dunia lakonan bagi mengubah kehidupannya yang hampir mencecah usia 40 tahun.

    Daripada dulu lagi sebenarnya saya memilih jenis naskhah. Tapi sekarang macam nak ke arah bersara pun ada.

    Saya minat berlakon tapi setakat macam itu saja, dekat 20 tahun. Sama saja, tak kemana. Jadi, lebih baik berhenti.

    Cliche, tengok drama sekarang. Semua sama saja. Kalau mereka tak boleh ubah, kita lah kena ubah.

    Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama vertical berjudul ‘Pan Mee’ yang berlangsung di Hextar Tower, Petaling Jaya, pada Isnin.

    Nak watak ustaz

    Selain itu, Ammar akui mahukan watak yang bergelar ustaz namun yakin tiada pengarah mahupun mana-mana stesen televisyen yang akan memberi tawaran tersebut.

    Kalau ada tawaran jadi ustaz, saya ambil. Tapi tidak akan ada. Tak perlu tokok tambah.

    Mengulas lanjut mengenai perjalanan hampir 20 tahun dalam industri, Ammar meluahkan rasa syukur atas pencapaian dan pengalaman yang diraihnya.

    Alhamdulillah saya gembira dengan apa yang saya sudah capai. Pengalaman yang saya dapat.

    Saya berfikir ke arah untuk bersara sebab saya dah buat semua. Mungkin tahun depan, saya pun dah nak dekat 40.

    Sudah tiba masanya untuk ubah karier dan hidup.

    The post [VIDEO] Ammar Alfian Bakal Bersara, Mahu Ubah Karier – ‘Saya Pun Dah Nak Dekat 40’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah