32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Guna ‘Kabel’ Suami, Misha Omar Mahu Anak Tempuh Temuduga Pramugara Secara Telus & Adil

    Shopee Sale

    Penyanyi Misha Omar memilih untuk tidak menggunakan keistimewaan suaminya yang merupakan juruterbang, supaya anak sulungnya, Muhammad Adam Emir, dapat melalui temuduga pramugara secara adil.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Larut Dalam Emosi Cinta Di Konsert ‘Dia Misha Omar’, Kemunculan Anak Cuit Hati Ramai

    Artikel Berkaitan: Giliran Misha Omar Menghiasi Papan Iklan Times Square, New York

    Lalui sendiri

    Ketika ditemui , pemilik nama Samihah @ Aisah Omar, 44, berkata langkah itu diambil supaya Adam dapat mengalami sendiri cabaran yang dihadapi calon lain.

    Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tidak gunakan ‘kabel’ sedangkan suami saya juruterbang.

    Kami tidak mahu sebab bapanya hendak Adam rasa keperitan hadiri temu duga. Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon yang lain.

    Misha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don’t Love You Anymore (IDLYA) pada petang Selasa.

    MENARIK:  Tonton Bawakan Kembali Koleksi ‘Filem Lejen Kita’ Sempena Cuti Panjang Hari Malaysia!

    Menurut pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu, Adam tidak berjaya dalam temuduga pertama kerana tidak mematuhi syarat berat badan yang ditetapkan.

    Tetapi kata Misha, anaknya tidak menyerah sebaliknya berusaha keras menurunkan berat badan demi peluang kedua.

    Adam tidak kecewa pun, sekarang dia sedang dalam fasa mencabar diri untuk mendapatkan berat ideal.

    Setakat tiga hari menjaga makan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram (kg), iaitu dari 80 kg kepada 77.2 kg.

    Bercerita lanjut, Misha mendedahkan dia hanya mencadangkan kepada Adam untuk mencuba bidang tersebut tetapi terkejut apabila anak sulungnya bersetuju.

    Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Tetapi, kalau boleh, saya mahu sesuatu yang mampu bertahan lama.

    Saya seronok tengok kesungguhan dia turunkan berat badan. Insya-Allah, dia akan mencuba lagi untuk temu duga yang lain.

    The post Tak Guna ‘Kabel’ Suami, Misha Omar Mahu Anak Tempuh Temuduga Pramugara Secara Telus & Adil first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah