Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik istimewa apabila menghadiahkan jam jenama Rolex bertatahkan berlian kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Berpihak Kepada Uqasha Atau Kamal, Jangan Jadi Batu Api’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Ahyan Beli Char Kuetiau Selepas Terima Gaji Pertama – ‘Saya Tak Beli Barang Peribadi’
Rolex pertama Ammar
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff berkata pembelian jam tersebut bukan sahaja sebagai aksesori, malah merupakan aset bernilai kerana berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.
Bercerita lanjut, Aliff mendedahkan mereka telah meronda di sekitar London untuk mencari jam berlian itu.
Dalam pada itu, Aliff berharap Ammar akan mengingati usaha serta pengorbanan seorang ayah yang mahu memberikan yang terbaik untuk masa depan anaknya..
Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian dari Rolex. Ramai orang ingat bila saya belikan jam ni membazir.
Hakikatnya jam ini akan naik value. Saya dah ronda London dan lebih tiga hingga empat buah kedai semua tiada stok. Nasib keedai ni ada stok.
Semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Aliff Syukri Hadiahkan Jam Mewah Bertatah Berlian Kepada Ammar Ahyan – ‘Rolex Pertama Pada Usia 17 Tahun’ first appeared on OHBULAN!.





