27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Abby Abadi Akui Khilaf Sebar Isu Keluarga Di Media Sosial, Dedah Ayat Norman Hakim Berjaya Lembutkan Hati

    Shopee Sale



    Pelakon, Abby Abadi mendedahkan kata-kata bekas suami, Norman Hakim berjaya melembutkan hatinya sebelum mereka bermaafan hujung minggu lalu.

    Kata-kata Norman buat Abby lembut hati

    " data-video-id="7497921593851628820">
    @__norainibasre88__ #abbyabadi #normanhakim #memeysuhaiza #artismalaysia #norainibasre #norainibasreteam #norainibasreshop #binafshasweet ? bunyi asal – Noraini Basre

    Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini memaklumkan Norman mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.

    Malah, bekas suaminya itu juga terbuka sekiranya Abby mahu menghukum kerana telah berkorban melahirkan anak-anak mereka.

    Ada satu ayat dari dia yang membuatkan saya rasa serba salah.

    Dia kata, dia terima saja apa yang saya katakan kepada dia dan dia minta maaf sebab khilaf dia buatkan saya jadi macam ini.

    Lepas itu dia kata, ‘Awak buatlah apa-apa pun, saya terima sebab awak dah lahirkan anak-anak saya’.

    Dalam masa yang sama, bekas ahli kumpulan ‘Elite’ ini turut mengakui kesilapan yang dilakukan serta memohon maaf kepada orang ramai.

    Nak sedarkan Norman

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri?? (@normanhakim_786)

    Ujar Abby, tujuannya berkongsi banyak mengenai kisah hidupnya adalah kerana mahu memberi kesedaran kepada Norman.

    Saya minta maaf, saya ada salah dan kelemahan.

    Saya tak pernah bercerita pun selama 17 tahun dan sememangnya saya tak nak cerita pun sebenarnya.

    Saya pun bukanlah baik dan saya mengaku saya salah, saya minta maaf.

    Saya bukanlah mata duitan atau nak duit sangat pun tapi saya geram sebab bila dia kaya, dia macam lupa anak-anak.

    Apa yang keluar daripada saya itu adalah sekadar nak sedarkan dia tapi saya akui ia satu kesilapan.

    Di akhir perkongsian, Abby turut meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk bersahabat baik dengan Norman meskipun sudah berkahwin lain dengan pasangan masing-masing.

    MENARIK:  Aliff Syukri Kongsi Pandangan Tentang Keluarga Toksik – ‘Saya Percaya Ada Ibu Bapa Suka Minta Duit Anak’

    Terdahulu, Abby mencuri perhatian apabila dilihat mendedahkan kisah rumah tangganya ketika bersama Norman secara terbuka di media sosial.

    Antara pendedahan yang dibuat ialah Abby mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika masih menjadi isteri Norman.

    Walau bagaimanapun, kesemua pendedahan itu telah dipadam selepas Norman dan Marissa mengadakan satu pertemuan dengan Abby Sabtu lalu.

    Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah