Pelakon, Zahirah MacWilson mengakui fasa kehidupannya pada usia 30-an jauh lebih baik berbanding ketika berada dalam lingkungan 20-an.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Tua Nanti Nak Duduk Tempat Tenang, Nak Travel Dengan Suami’ – Zahirah MacWilson
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Jadi Toksik, Tak Kira Siapa Kita’ – Zahirah MacWilson
Hidup lebih tenang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zahirah, menyifatkan kehidupan di usia 31 tahun sesuatu yang lebih baik dengan keadaan kewangan dan emosi yang lebih stabil.
Tambah isteri kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza itu, kematangan yang dikecapi pada usia ini membolehkannya mengenali diri dengan lebih mendalam sekali gus mewujudkan hubungan yang lebih baik.
Usia 30-an memang jauh lebih baik daripada 20-an, tanpa ragu-ragu.
Emosi dan kewangan yang lebih stabil, kurang drama, lebih menghargai kualiti daripada kuantiti.
Pandai tetapkan batas, lebih mengenali diri sendiri, hubungan yang lebih bermakna.
Dalam pada itu, Zahirah turut meluahkan rasa teruja untuk melihat perjalanan hidup yang bakal ditempuhinya apabila melangkah ke usia 40-an kelak.
Lebih memahami orang lain dan akhirnya tahu apa yang benar-benar penting dalam hidup.
Tak sabar pula nak tengok macam mana kehidupan dalam 40-an nanti.
Sumber: Threads @zahirahmacwilson
The post ‘Usia 30-an Memang Jauh Lebih Baik Daripada 20-an’ – Zahirah MacWilson first appeared on OHBULAN!.





