Tidak dinafikan, bibir gelap adalah salah satu masalah yang sering dialami ramai individu dan boleh menjejaskan keyakinan diri, terutama apabila warnanya kelihatan kusam atau tidak sekata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’
Artikel Berkaitan: Nazrief Nazri Nafi Isteri Buat Bibir, Memang Cantik Sejak Lahir – ‘Original, Dari Kecil Begitu’
Tona bibir berbeza?

Setiap individu sememangnya memiliki tona bibir yang berbeza, dan memiliki warna sedikit gelap, bukanlah tanda masalah kesihatan yang perlu kita risaukan.
Namun begitu, perubahan warna ini lazimnya berkait rapat dengan gaya hidup serta tabiat harian seseorang. Terdapat beberapa cara mudah yang boleh diamalkan bagi mencerahkan semula bibir dan mengekalkan kejelitaannya.
Pertama sekali, bukan hanya kulit wajah yang memerlukan proses pengelupasan, bibir juga perlu dijaga rapi dengan penjagaan yang sama.
Bagi menyingkirkan sel kulit mati, anda boleh memilih cara mudah seperti menggosok dengan lembut menggunakan gula atau serbuk teh sebagai skrub. Diingatkan juga, elakkan menggosok terlalu kuat atau terlalu lama.
Seterusnya, pastikan tubuh anda berada dalam keadaan cukup hidrasi dan jauhi tabiat menjilat bibir kerana ia sebenarnya mempercepatkan proses kekeringan pada bahagian bibir.
Bagi memastikan bibir sentiasa dalam keadaan lembap, tambahkan penggunaan pelembap (lip balm) dalam rutin harian anda.
Pada masa sama, untuk mengurangkan risiko menggunakan produk yang tidak sesuai, pilih pelembap dengan SPF 15 atau lebih tinggi bagi perlindungan efektif.
Sama seperti kulit wajah, bibir kita juga memerlukan perlindungan daripada sinaran matahari. Oleh itu, pelembap bibir (lip balm) perlu diaplikasikan semula sekurang-kurangnya setiap 2 jam untuk memastikan ianya sentiasa terlindung.
Jangan terpedaya dengan testimoni semata-mata dan sebelum membeli produk penjagaan bibir, pastikan anda berhati-hati serta semak terlebih dahulu sama ada produk tersebut mempunyai pengiktirafan rasmi yang sah.
Sumber: Hello Doktor
The post Trik Mudah Kekalkan Bibir Cantik Setiap Hari! first appeared on OHBULAN!.





