Alamanda Shopping Centre kembali dengan wajah baharu yang lebih hidup! Selepas pembaharuan bernilai RM100 juta, pusat beli-belah kegemaran ramai ini kini bukan sekadar tempat shopping, tapi destinasi lengkap untuk orang ramai.
Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2025, transformasi ini bukan sekadar naik taraf fizikal, malah menjadikan Alamanda Shopping Centre pilihan utama untuk pengalaman membeli-belah dan hiburan di Putrajaya.
Hiburan & ‘retailtainment’ jadi tarikan utama

Antara highlight paling mencuri perhatian pastinya kehadiran ESCAPE Putrajaya, sebuah taman pengembaraan luar berskala besar seluas 151,548 kaki persegi.
Digelar sebagai ‘crown jewel’ Alamanda Shopping Centre, ESCAPE Putrajaya menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan elemen alam semula jadi, aktiviti lasak dan hiburan keluarga, sesuatu yang jarang ada dalam pusat beli-belah.

Tak cukup dengan itu, Alamanda Shopping Centre turut memperkenalkan TGV Cinemas 10 dewan yang mesra keluarga, lengkap dengan teknologi terkini untuk pengalaman menonton yang lebih imersif. Untuk kaki bowling pula, U-Bowl X kini tampil lebih besar dengan 26 lorong, sesuai untuk aktiviti santai bersama rakan atau keluarga.

Bagi yang suka berhibur sambil menyanyi, kehadiran Manekineko Karaoke melengkapkan lagi ekosistem hiburan baharu Alamanda Shopping Centre, menjadikannya destinasi ‘retailtainment’ yang serba lengkap terutama menjelang hujung tahun 2025 dan awal 2026.
Lebih 60 kedai baharu, kini lebih banyak pilihan
Transformasi ini turut menarik lebih 60 tenant baharu,, sekali gus meningkatkan jumlah rakan niaga daripada 139 kepada lebih 170 buah kedai, satu pencapaian besar yang mencerminkan keyakinan jenama terhadap potensi Alamanda Shopping Centre.
Antara nama F&B yang kini boleh korang nikmati termasuk Cili Kampung, Bask Bear Coffee & Toasties, Krispy Kreme, Dubuyo, Nando’s, Sushi King, Richeese Factory, Oriental Kopi, ChaTraMue, Bread History dan Chakri Village Thai Fusion Cuisine
Untuk fesyen dan gaya hidup pula, Alamanda Shopping Centre kini menempatkan jenama popular seperti Tommy Hilfiger, PUMA, BONIA, Bath & Body Works, Skechers, Kiehl’s, Levi’s, Clarks dan GUESS menjadikan pengalaman membeli-belah korang lebih menyeluruh.
Pusat komuniti dengan kemudahan lengkap
Sebagai sebahagian daripada transformasi menyeluruh ini, Alamanda Shopping Centre kini menempatkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di negara ini, membolehkan orang ramai mengakses lebih 100 perkhidmatan digital kerajaan dengan lebih mudah, termasuk di luar waktu pejabat.
Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan peranan Alamanda Shopping Centre sebagai pusat komuniti dan nadi sosial Putrajaya yang semakin relevan dengan keperluan harian masyarakat.
Dari sudut rekaan pula, pembangunan semula bernilai RM100 juta ini menyaksikan peningkatan Net Lettable Area (NLA) serta pembaharuan estetika yang lebih moden.
Sentuhan lantai marmar yang elegan dan balustrad kaca menyerlahkan suasana yang lebih sofistikated, terang dan selesa, sekali gus meningkatkan pengalaman pengunjung setiap kali melangkah masuk.
Lebih daripada sekadar pusat beli-belah

Dengan barisan jenama hebat seperti AEON Big, Parkson dan ESCAPE Putrajaya, serta MR. D.I.Y. PLUS, Rasa Food Arena, Cold Storage, KKV, TGV Cinemas dan U-Bowl X, Alamanda Shopping Centre kini berdiri sebagai simbol transformasi bandar.
Alamanda Shopping Centre bukan sekadar ‘mall yang cantik’, tetapi sebuah destinasi gaya hidup yang menyatukan komuniti, hiburan dan pengalaman.
Kalau lama korang tak singgah Alamanda Shopping Centre, mungkin sekarang masa yang paling tepat untuk ke sini semula!
Ikuti laman Instagram Alamanda di SINI untuk sebarang maklumat lanjut.
The post Transformasi RM100 Juta Jadikan Alamanda Shopping Centre Nadi Gaya Hidup Putrajaya first appeared on OHBULAN!.





