Bergelar anak seni bukan sekadar memerlukan bakat, sebaliknya turut menuntut kesabaran, usaha serta kesediaan untuk terus belajar.
Itu antara pesanan pelakon, Sweet Qismina buat pendatang baru yang mahu membina nama dan bertahan lama dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Membesar Bersama Impian, Sweet Qismina Akhirnya Buktikan Dirinya Sebuah ‘Permata’
Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Ada ‘Kabel’ Itu Rezeki, Tapi Bakat Tentukan Siapa Kekal’ – Sweet Qismina Pertahan ‘Nepo Baby’
Perlu Ada Kesabaran & Keinginan Untuk Belajar
#TipsXTRA merupakan segmen yang mengetengahkan perkongsian, nasihat serta pandangan selebriti mengenai kehidupan, kerjaya, hubungan dan pembangunan diri yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
Bagi edisi #TipsXTRA minggu ini Sweet berkata sikap mahu belajar dan sabar penting dalam apa juga bidang pekerjaan kerana kejayaan tidak akan datang sekiranya seseorang mudah menganggap setiap cabaran sebagai sesuatu yang membebankan.
Belajar dan sabar. Sebab tak kisah kerja di mana sekalipun, kalau tak ada kesabaran, kalau tak nak belajar sesuatu perkara, rasa semua benda itu leceh, kita tak akan dapat apa yang kita impikan.
Usaha Tetap Perlu, Selebihnya Serah Pada Rezeki
Dalam masa sama, Sweet mengingatkan bahawa seseorang perlu sentiasa memberikan usaha terbaik sebelum menyerahkan hasil akhirnya kepada ketentuan Allah.
Katanya, setiap perkara yang dilakukan juga perlu disertai dengan keikhlasan tanpa terlalu memikirkan sama ada usaha tersebut akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan atau sebaliknya.
Jadi effort itu memang sentiasa ada. Yang selebihnya itu kita berserah kepada rezeki Allah yang tentukan.
Apa yang kita buat, sentiasa kita ikhlaskan. Jadi tak jadi, itu Allah tentukan juga.
Bagi Sweet, perkara paling penting adalah memastikan diri sendiri sudah melakukan yang terbaik kerana setiap perjalanan mempunyai aturan dan rezeki tersendiri.
Janji kita rasa kita dah buat yang terbaik, tak apa. The next thing, Allah knows what is the best for you.
The post #TipsXTRA: Bakat Saja Tak Cukup, Sweet Qismina Dedah ‘Kunci’ Untuk Bertahan Dalam Industri first appeared on OHBULAN!.





