26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tips yang Mudah dari Siti Saleha, Nadia Aqilah & Nadiya Nisaa untuk Mengatasi Burnout di Tempat Kerja

    Shopee Sale



    SeOfis

    Pernah tak rasa yang kehidupan anda dengan ofis macam hidup segan, mati tak mahu? Nak buat kerja pun rasa macam tak vibe? Rasa stuck bila bekerja? Itu lah yang dinamakan burnout

    Tips elak burnout!

    SeOfis

    Burnout adalah perasaan di mana kita merasakan apabila melakukan perkara yang selalu kita menikmati untuk lakukan tetapi tiba-tiba menjadi satu bebanan untuk kita terus melakukannya.

    Ianya sering terjadi apabila terlalu banyak menghadapi tekanan emosi, fizikal dan mental yang berpanjangan.

    Akan tetapi, ada cara yang boleh dilakukan untuk menghindari rasa burnout. Jom kita lihat di bawah 3 cara untuk mengatasinya.

    1.Bersenam

    Dengan bersenam boleh mengatasi rasa burnout ni? Jawapannya, boleh! Apabila kita bersenam, badan kita akan mengeluarkan hormon Endorphin yang dikaitkan dengan perasaan gembira.

    Badan kita juga akan merasa lebih ringan dan juga lebih sihat. Secara tak langsung, dengan bersenam dapat membuatkan kita lebih fokus dan mengantikan pemikiran kusut kita dengan lebih sihat. 

    2.Tidur yang cukup

    Walaupun kita mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan, tidur yang cukup perlu diutamakan. Ini kerana dengan tidur yang tidak cukup akan membuatkan kita berasa lesu dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. 

    3.Minta bantuan

    Tidak ada salahnya untuk kita meminta bantuan orang lain ketika kita berada dalam kesusahan.

    Dengan adanya sokongan orang lain dapat membantu kita berasa yang kita tidak keseorangan dan juga secara tak langsung dengan sokongan itu mampu mengembalikan perasaan berkobar-kobar untuk melakukan yang terbaik dalam pekerjaan kita. 

    MENARIK:  Bawa Tema ‘Unleashing Possibilities’, d Conference & d Awards Kembali Tahun Ini!

    Rasa burnout ini adalah normal untuk dialami. Akan tetapi, jangan biarkan ia menguasai diri dan minda kita.

    Sentiasa berfikiran positif, mengamalkan senaman, mempunyai jadual tidur yang cukup, dan meminta bantuan kepada orang yang kita boleh bergantung. 

    Seperti Tonton Original Series: SeOfis yang menceritakan tentang Sam (lakonan Siti Saleha), Yana (lakonan Nadia Aqilah), dan juga Aini (lakonan Nadiya Nisaa) yang mempunyai perwatakan yang berbeza dan bekerja di co-working space yang sama bergabung untuk menentang musuhnya, Faris (lakonan Fahrin Ahmad). 

    Tonton Original Series: SeOfis bakal bertemu dengan anda bermula pada 18 Januari ini! Strim Juga Melalui Tonton! Strim secara percuma, Langgan lagi layan! 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah