Seorang pengguna media sosial yang sebelum ini tular kerana memberi komen sindiran kepada pelakon, Nadia Brian mendedahkan telah melakukan permohonan maaf terhadap aktres itu.
Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa’ – Nadia Brian
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga Hingga Hujung Nyawa’
Minta maaf…

Lelaki dikenali Arep sebelum ini meninggalkan komen menyatakan ciri-ciri yang diinginkan wujud di dunia namun Nadia tidak berada dalam senarai lelaki itu.
Menerusi perkongsian di Threads, Arep berkata dia tidak menyangka komennya itu menjadi tular di mana ramai mengambil peluang menjadikannya ‘umpan’ untuk menaikkan nama mereka.
Pada awalnya ia hanya komen sindiran yang tiba-tiba tular.
Ramai yang membuat tangkap layar skrin dan dijadikan umpan untuk mendapatkan tanda suka dan perhatian yang memberi kesan kepada Nadia.
Nadia mendapat banyak kecaman selepas komen tular dan seterusnya.
Saya kesal dengan apa yang berlaku dan meminta maaf kepadanya secara peribadi.
Sebelum ini, Nadia memuat naik satu hantaran di media sosial mencari seorang lelaki idaman.
Aktres itu bertanya kepada orang ramai tidak wujudkah lelaki sempurna yang boleh memenuhi kriterianya.
Bagaimanapun, hantaran itu mendapat pelbagai respons daripada warganet dan ia menjadi lebih teruk apabila mereka mula merendahkan selebriti tersebut.
Sumber: Threads
The post Lelaki ‘You’re Just Not In His List’ Minta Maaf Kepada Nadia Brian first appeared on OHBULAN!.





