28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tiada Istilah Terjumpa Sedangkan Abang Dah Rancang’ – Adik Ipar Persoal Kenyataan Kamal Adli Tentang Isu Jumpa Hawra  

    Shopee Sale

    Adik kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Farza Dida bertindak mempersoalkan kenyataan abang iparnya yang juga aktor, Kamal Adli mengenai isu kebenaran untuk bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Sudah Berbincang Dengan Keluarga Kamal Adli Untuk Perbaiki Rumah Tangga – ‘Saya Nak Selamatkan Diri Dari Kemudaratan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Dakwa Sukar Berjumpa Hawra, Perlu Tulis Surat Kebenaran Kepada Pihak Uqasha Senrose

    Terjumpa anak?

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farza memuat naik semula artikel dari akhbar tempatan yang bertajuk, ‘Terakhir Jumpa Hawra 10 November, Itu Pun Terjumpa’.

    Farza kemudian menyangkal kenyataan Kamal yang mendakwa sukar untuk berjumpa dengan anaknya malah pertemuan mereka sekadar ‘terjumpa’ sahaja.

    Tiada istilah ‘terjumpa’. Macam mana boleh ‘terjumpa’ sedangkan memang abang dah rancang dengan Dida?

    Sementara itu, Farza menyatakan pada awalnya tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka namun menyedari dia perlu memperbetulkan dakwaan tersebut.

    Kalau ikutkan tak nak bagi apa-apa komen, tapi nak betulkan fakta ini.

    Hantaran tersebut dilihat turut dikongsikan kakaknya yang juga aktres, Nelydia Senrose di akaun Instagram miliknya.

    MENARIK:  Tipuan "Kehamilan" Sebagai Cara Untuk Menarik Perhatian dan Mendapatkan Pasangan

    Terdahulu, Kamal mendakwa dirinya sukar untuk meluangkan masa dengan anak apabila perlu melalui beberapa proses termasuk melibatkan pihak peguam isterinya.

    Bagaimanapun, peguam yang mewakili Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, Uqasha terbuka untuk berbincang perkara berkaitan Hawra dan tidak pernah menghalang untuk anak kecil itu berjumpa dengan bapanya.

    Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

    Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 19 bulan.

    Sumber: IG Nelydia Senrose

    The post ‘Tiada Istilah Terjumpa Sedangkan Abang Dah Rancang’ – Adik Ipar Persoal Kenyataan Kamal Adli Tentang Isu Jumpa Hawra   first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah