32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nora Ariffin Hadir Ke Mahkamah Untuk Fail Cerai, Nekad Mahu Berpisah

    Shopee Sale



    Penyanyi, Nora Ariffin hadir ke mahkamah pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

    Tekad untuk berpisah

    Nekad untuk berpisah, Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memohon doa yang baik daripada semua pihak dan berharap segala urusan dipermudahkan.

    Saya baru nak masuk tidak tahu apa di dalam. Tak ada pengalaman lagi.

    Saya minta yang baik-baik dan insya-Allah doa yang baik-baik sahaja lah.

    Berpakaian serba hitam, pelantun lagu Di Persimpangan Delima itu hadir ditemani anak perempuannya, Puteri Dahlia.

    MENARIK:  Muat Naik Foto Raya, Netizen Dakwa Marissa Dania Semakin Berisi? – ‘Hamil Kah?’

    Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

    Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

    Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

    Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah