32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tetamu Kecewa Dengan Pizza Wagyu Percuma Jofliam, Dakwa Dapat Hangus & Terpaksa Berebut

    Shopee Sale



    Jofliam

    Segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan usahawan, Jofliam dan isteri, Dewi meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan.

    Pizza Wagyu tak menyelerakan

    Jofliam

    Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu mendakwa, pizza yang dihidangkan itu tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut.

    Menerusi perkongsian yang tular di platform threads, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar dua potong pizza yang diambilnya.

    Dapat dilihat pizza itu bersaiz sedikit kecil berbanding kebiasaan dan inti di atasnya juga tidak sebanyak yang disangka.

    Malah, ada yang mendapat hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan berwarna hitam.

    MENARIK:  Netizen Membantah Tindakan Curang Aliff Aziz dan Menyarankan Pihak Berwajib Untuk Mengharamkannya - 'Memburukkan Maruah Agama'

    Perkongsian itu sekali gus meraih perhatian wargamaya dengan mendakwa tuan rumah seperti tidak ikhlas menyediakan juadah tersebut untuk tetamu yang hadir.

    Sementara itu, seorang lagi individu mendakwa, dia terpaksa beratur panjang dan ‘battle’ dengan lapan ribu tetamu lain untuk mendapatkan pizza wagyu tersbut.

    Malah, ada yang mengatakan roti nan di kedai mamak jauh lebih menarik perhatian berbanding pizza yang diberikan secara percuma oleh Jofliam.

    Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah