29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Danial Chuer Syukur Dianugerakan Graduan Terbaik UiTM, Bakal Terima Satu Dinar Emas & Pingat Sebagai Hadiah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Danial Chuer meluahkan rasa terharu apabila dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali gus menerima Anugerah Cemerlang Alumni UiTM pada majlis konvokesyen ke-103 institusi pengajian itu.

    Artikel Berkaitan: Ayah Danial Chuer Meninggal Dunia – ‘Saya Kehilangan Adiwira, Dia Adalah Sebab Saya Jatuh Cinta Dengan Muzik

    AArtikel Berkaitan: ‘Power Dari Idola Kecil’ – Kalahkan Indah Ruhaila, Nyanyian Danial Chuer Dalam Vokal Mania Dipuji

    Anugerah tertinggi UiTM

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Danial, 24, bersyukur segala penat lelah dan usaha kerasnya selama ini dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposis membuahkan hasil.

    Syukur Ya Allah. Terkedu kejap bila dapat email ini daripada UiTM dan memaklumkan saya terpilih menerima Anugerah Cemerlang Alumni UiTM.

    Salah satu anugerah tertinggi di peringkat UiTM untuk majlis konvokesyen saya yang tidak lama lagi.

    Syukur sangat-sangat, tak tahu nak cakap macam mana.

    Pada hantaran sama, Danial turut memuat naik tangkap layar memaparkan surat makluman yang diterima daripada pihak universiti.

    MENARIK:  [VIDEO] Tahniah! Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Akan Menyambut 'Anak Perempuan'

    Dalam surat tersebut turut menyatakan bekas peserta Big Stage 2022 itu bakal menerima pingat, sijil penghargaan dan satu dinar emas sebagai bentuk hadiah.

    Sementara itu, Danial turut mendedikasikan anugerah dan kejayaan itu kepada insan yang paling banyak berjasa terhadap dirinya iaitu ibu serta arwah bapanya.

    Ini adalah untuk ibu saya dan semua yang ada bersama saya mengharungi pahit dan manis perjalanan ini.

    Saya tahu arwah ayah pasti turut bangga dan gembira jika dia melihat ini.

    Sumber: Instagram

    The post Danial Chuer Syukur Dianugerakan Graduan Terbaik UiTM, Bakal Terima Satu Dinar Emas & Pingat Sebagai Hadiah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah