28.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terus Kahwin Selesai Habis Iddah, Anggap Bapa Tiri ‘Penyondol’ Rumah Tangga?

    Shopee Sale



    Kemesraan antara Misha (Fasha Sandha) dan Nordin (Fadlan Hazim) yang keterlaluan dan tiada batasan membuatkan anak-anaknya menjauh dengan ibu kandungnya sendiri.

    Yana (Puteri Balqis) yang dulu menjadi pendengar setia ibunya berubah menjadi anak yang biadab sehingga sanggup meninggikan suara kepada ibunya kerana muak melihat ibunya yang sering keluar bersama Nordin sedangkan kubur bapanya masih merah lagi.

    Artikel berkaitan: Fasha Sandha Terjebak Skandal?

    Terus kahwin selesai iddah

    Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah dalam jangka masa iddah.

    Hukum iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami. Isteri yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari.

    Selepas kematian suaminya, Misha yang masih dalam tempoh iddah memaksa Nordin untuk membuat keputusan sama ada mahu berkahwin sekarang atau lupakan saja hubungan mereka sehingga membuatkan Nordin dilema kerana dia harus memikirkan penerimaan anak-anak Misha yang baru kehilangan bapanya.

    Akhirnya Nordin setuju dan mereka berkahwin selepas Misha selesai iddah walaupun tiada seorang pun setuju dengan pernikahan tersebut. Ini membuatkan Amir, adik arwah, terus mengawasi tindak-tanduk Nordin kerana dia merasakan Nordin bagai ‘menangguk di air keruh’.

    Oleh itu, Amir (Ashraf Muslim) bertekad untuk menjaga amanah dan wasiat yang ditinggalkan Firdaus (Zamarul Hisham) pada anak-anak. Malah, Amir mahu mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya. 

    MENARIK:  Hormati Ibu Anak-Anak, Nubhan Tidak Mahu Dedah Aib Bekas Isteri – ‘Kami Pernah Hidup Bersama…’

    Tak boleh terima bapa tiri

    Walaupun Misha dan Nordin sudah berkahwin tetapi anak-anak Misha masih tidak boleh menerima Nordin sebagai bapa tirinya. Sehingga membuatkan Misha rasa sebersalah terhadap Nordin kerana sikap anak-anaknya yang kurang ajar sehingga mencaci bapa tirinya.

    Adakah betul tindakan Yana menggelarkan bapa tirinya ‘penyondol’ rumah tangga? Berjayakah Nordin menambat hati anak-anaknya? Atau Nordin mempunyai niat tertentu di sebalik perbuatan yang dilakukan?

    Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di http://www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah