Penyanyi, Nubhan tetap memilih untuk tidak membuka aib bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atas dasar menghormatinya sebagai ibu kepada anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Jawab Dakwaan Campak Barangan Peribadi Dr Afifah – ‘Saya Buat Bersebab, Bukan Secara Membabi Buta’
Artikel Berkaitan: ‘Dakwaan Barang Peribadi Dr Afifah Dicampak Fitnah, Nubhan Sedia Bayar Ganti Rugi Jika Ada Kecacatan – Peguam
Tak mampu nak halang

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nubhan Ahmad, 40, berkata dia tidak mampu menghalang apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh bekas isterinya.
Bagaimanapun dia tetap berusaha untuk tidak mendedahkan perkara buruk berkaitan wanita tersebut.
Saya tak boleh halang apa yang dia nak buat tapi saya tetap cuba menjaga aib atau perkara buruk tentang bekas isteri saya. Itu sebaiknya.
Dia tetap ibu kepada anak-anak saya. Kami pernah hidup bersama jadi untuk apa saya nak buka aib isteri?
Jelas Nubhan, segala perkara yang berlaku antara mereka adalah urusan peribadi dan hanya diketahui oleh kedua-dua pihak sahaja.
Walaupun tekanan datang daripada pelbagai sudut, bagi saya ini antara saya dengan dia, hanya kami berdua saja yang tahu.
Lagipun nanti bila anak dah besar dan tengok perkara macam ini, ia tidak bagus. Saya sangat menjaga kesihatan mental anak-anak saya.
Ketika ditanya mengenai sama ada dia ada membuat akaun palsu untuk menyerang bekas isterinya, Nubhan menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara sedemikian.
Apa yang dia kongsi itu hak dia cuma bagi saya cukuplah saya kongsikan perkembangan karier dan perniagaan.
Saya juga memang tiada masa nak buat akaun palsu untuk serang dia di media sosial. Nak hafal lagu Korea untuk persembahan malam Ahad pun saya dah pening.
The post Hormati Ibu Anak-Anak, Nubhan Tidak Mahu Dedah Aib Bekas Isteri – ‘Kami Pernah Hidup Bersama…’ first appeared on OHBULAN!.





