32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Terima Kasih Kepada Semua Di Luar Sana Yang Sentiasa Mendoakan Saya & Fatima’ – Fazura

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Nur Fazura berasa terharu ketika menerima kejutan daripada staf dan kenalan rapat bersempena ulang tahun kelahiran ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Dilabel ‘Setia’ Dengan Cincin, Fazura Tanya Yang Mana – ‘Semua Saya Beli Sendiri’

    MENARIK:  [VIDEO] Bermodalkan Kurang RM200, Pelajar & Juruteknik Menang Hadiah 1kg Emas Bernilai RM500,000

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Wanita Paling Bersyukur & Bahagia Dengan Fatima Di Sisi’ – Fazura

    Fazura terharu

    " data-video-id="7554339913022344468" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fariza_zairul

    #fyp #viral #fazura #fazuralovers #farizazairul

    ♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

    Menerusi potongan video yang dikongsikan @fariza_zairul, dapat dilihat Fazura yang sedang mendukung anaknya, Nur Fatima Aisya menerima beberapa hadiah seperti jambangan bunga, coklat dan wangian daripada stafnya.

    Fazura kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan Fatima.

    Saya nak ucapkan terima kasih kepada anda semua di luar sana yang sentiasa mendoakan saya dan Fatima.

    Sepanjang setahun ini banyak yang saya lalui tapi Alhamdulillah syukur, dengan adanya bantuan Allah SWT saya dapat melalui semuanya dengan tenang, bahagia dan penuh hikmah.

    Tahun ini adalah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna di mana kali terakhir saya berasa gembira ketika menyambutnya adalah ketika arwah bapa saya masih ada.

    Fazura dalam fasa tenang & bahagia

    " data-video-id="7554341234517560597" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fariza_zairul

    #farizazairul #fazuralovers #fazura #fazura #fyp

    ♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

    Tambah pelakon filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’, kehidupannya ketika ini juga lebih tenang dan bahagia.

    Ujar Fazura, kekuatan itu datangnya dari kasih dan sayang daripada Allah SWT yang mengetahui isi hati dirinya.

    Alhamdulillah saya berada dalam fasa yang sangat tenang dan bahagia. Allah mendengar dan menjadi saksi serta mengetahui isi hati saya yang sebenar-benarnya.

    Terima kasih sekali lagi buat anda semua yang menyokong saya serta tak henti-henti memberi kata semangat dan motivasi.

    Di akhir video, ibu kepada seorang anak itu menitipkan pesan kepada semua pengikut dan peminatnya agar sentiasa menghargai diri dan sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai tempat bergantung setiap kali berdepan ujian hidup.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Terima Kasih Kepada Semua Di Luar Sana Yang Sentiasa Mendoakan Saya & Fatima’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah