
Ciapan terbaharu dibuat pelakon, Nabila Huda buat bapa tercintanya, Amy Search menerusi aplikasi Threads telah menyorot perhatian dan meruntun hati wargamaya.
Ikatan tak pernah putus

Menerusi hantaran yang dibuat, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi memuat naik video dirinya berpelukan dengan Amy.
Menurut Nabila yang lebih mesra disapa Abil, takdir mungkin telah memisahkan namun ikatan mereka sebagai anak dan bapa tidak akan pernah terputus.
Kita dipisahkan oleh masa, oleh takdir. Dan ya, takdir mungkin telah memisahkan kita tetapi alam semesta mempunyai rancangan lain.
‘Gentle reminder’ bahawa hubungan kita tidak pernah pudar.
Malah, ia membawa kita kembali, tanpa diduga untuk selama-lamanya.
Bangga dengan Amy

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Rahsia’ ini turut memuat naik video dirinya berhubung dengan Amy melalui panggilan telefon sewaktu bapanya itu menjadi tetamu di set konti radio Hot FM.
Menerusi panggilan telefon itu, Nabila memaklumkan dia sangat berbangga dengan Amy dan akan sentiasa menjadi anak kesayangan bapanya itu.
Abil rindu sangat pada papa, tiada apa yang dapat mengubah betapa sayangnya saya pada papa.
Kasih sayang Abil pada papa tak akan pernah berubah, saya nak papa tahu itu. Tak akan ada yang dapat pisahkan kita.
Saya bangga sangat dengan papa dan akan sentiasa menjadi ‘anakku sayang’.
Saya doakan yang terbaik buat kamu, dan kalau ada kelapangan saya akan sampai (konsert).
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat hantaran dibuat Nabila.
Komen netizen








