25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Salah Orang Bukan Islam Nak Cuba Puasa, Asalkan Tidak Langgar Akidah’ – Mekyun

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Mekyun mengakui tidak dapat menjalani ibadah puasa setiap hari pada tahun ini berikutan kekangan masa dan kerjaya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun & Ibu Bapa Berjaya Puasa Hari Pertama, Netizen Kagum – ‘Diorang Ni Another Level, Salute!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun Pernah Ada Kekasih Melayu, Dedah Suka Lelaki Tinggi & Berhidung Mancung

    Cuba berpuasa

    Ketika ditemui , pemilik nama Wee Yun Nee, 29, itu berkata, dia dan ibu bapanya telah mencuba melaksanakan ibadah tersebut pada awal Ramadan lalu.

    Jujur saya tidak berpuasa setiap hari. Saya tak berpuasa banyak hari macam abang saya.

    Tapi saya ada cuba juga, macam contohnya hari pertama puasa saya berpuasa dengan mak dan ayah. Ada juga hari-hari yang lain saya cuba.

    Bagaimanapun, Mekyun tidak dapat meneruskan ibadah tersebut kerana tuntutan kerja, namun dia masih berharap dapat berpuasa lagi pada tahun ini meskipun hanya berbaki beberapa hari sebelum tibanya Syawal.

    Setakat ni saya cuba tiga kali. Mungkin sebab saya sibuk, jadi belum ada semangat yang betul-betul kuat lagi untuk berpuasa sambil bekerja. 

    Harapnya nantilah, sebab masih ada lagi masa untuk saya cuba.

    Sementara itu, wanita berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini berpendapat setiap individu boleh mencuba dan melaksanakan amalan-amalan agama Islam selagi ia dilakukan dengan penuh rasa hormat.

    Bagi saya tidak salah untuk seorang yang bukan beragama Islam nak cuba berpuasa, asalkan kita tidak melanggar akidah orang Islam.

    Itu yang saya percaya. Saya juga ada keluarga yang beragama Islam di Kelantan.

    Penyokong saya pula, mereka sangat menghormati apa yang saya buat dan mereka sangat menyokong.

    Mekyun berkata demikian ketika ditemui pada program Melodi Glam Raya Runaway yang berlangsung di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) pada Rabu.

    MENARIK:  Shakilla Khoriri Menyatakan Bahawa Dia Tidak Memaksa Suami Orang Untuk Bercerai Dengan Isterinya - Ingat Aku Ni Apa…Dajjal Ke Jahat Sangat

    Tawaran lakonan

    Dalam perkembangan lain, Mekyun berkongsi buat masa ini dia belum menerima sebarang tawaran sebagai pelakon dan mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang aktres.

    Belum ada rezeki atau tawaran untuk berlakon dan sekarang memang saya fokus kepada kempen dan kerjaya saya sebagai pencipta kandungan.

    Jadi saya sangat hormat sebenarnya pelakon-pelakon dekat luar sana, sebab saya pernah cuba, dan susah sebenarnya. 

    Sekadar info, Melodi Glam Raya Runway menjadi tumpuan ramai apabila pertunjukan fesyen unik di dalam tren MRT menghidupkan suasana sepanjang perjalanan dari Stesen MRT Bandar Utama hingga ke Tun Razak Exchange (TRX).

    Kemeriahan acara bermula di Stesen MRT Bandar Utama dengan persembahan flash mob yang diterajui oleh bakat One In A Million (OIAM) iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimi dan Mariam. 

    Kemeriahan acara mencapai kemuncaknya di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), apabila tumpuan beralih ke pentas utama yang berlangsung di aras concourse stesen tersebut.

    The post ‘Tak Salah Orang Bukan Islam Nak Cuba Puasa, Asalkan Tidak Langgar Akidah’ – Mekyun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah