28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syida Melvin Imbas Momen Ketika Kecil Bersama Bapa – ‘Ayahlah Yang Sanggup Tunggu Dekat Wad Sampai Lewat Malam’

    Shopee Sale

    Pelakon Syida Melvin meluahkan rasa syukur apabila kesihatan bapanya, Amirol Melvin Abdullah kembali menunjukkan perkembangan positif.

    Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Pegang Hati Kita Semua, Dia Boleh Bolak-Balikkan Bila-Bila Masa Saja’ – Syida Melvin

    Jasa ayah

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Syida berkongsi keadaan terkini bapanya yang sebelum ini dikhabarkan lemah akibat sakit jantung.

    Terima kasih doakan ayah saya.

    Ayah saya sangat kuat, umur sudah 80 tahun tapi Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk dia terus hadap semua penghapus dosa yang Allah bagi.

    Dalam pada itu, Syida atau nama lengkapnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, mengimbas kembali momen serta pengorbanan bapa yang tidak akan dilupakan.

    Menurut Syida, bapa adalah insan yang sering ada di sisi ketika dia mengalami masalah kesihatan sewaktu kecil dahulu.

    Ingat dulu ketika kecil, saya selalu lelah. Dari umur enam tahun sampailah 12 tahun memang selalu kena asma.

    Sebulan sekali wajib rutin sedut nebulizer. Ayahlah orang yang sanggup tunggu dekat wad kecemasan hospital sampai lewat malam untuk tunggu giliran.

    Tengah malam pun bila anak dia semput dia sanggup pergi, yang penting anaknya sihat.

    Tapi kena marah juga, sebab dia selalu tak bagi minum air ais. Bila semput dia yang susah.

    Sementara itu, Syida berkata, dia juga menjadikan bapanya sebagai salah satu sumber inspirasi untuk terus kuat menjalani kehidupan.

    Semoga saya menjadi kuat macam dia.

    Inilah detik-detik berharga sebagai anak, balas balik jasa ayah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  El Rumi Berhati-Hati Kongsi Rancangan Kahwin Dengan Bapa – ‘Takut Akan Tersebar Awal’

    The post Syida Melvin Imbas Momen Ketika Kecil Bersama Bapa – ‘Ayahlah Yang Sanggup Tunggu Dekat Wad Sampai Lewat Malam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah