Pelakon, Syazwan Zulkifly memaklumkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu atas beberapa faktor tertentu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bakal Beraya Dengan Bekas Tunang, Netizen Pelik Dengan Imej ‘Subang’ Syazwan Zulkifly
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Kawan, Bukan Kahwin’ – Syazwan Zulkifly Buat Kejutan Beri Cincin Kepada Wan Sharmila
Ada sebab

Ketika ditemui , Syazwan, 39, menjelaskan penangguhan itu tidak berkait dengan masalah hubungan, sebaliknya kerana kedua-duanya masih memberi tumpuan kepada urusan kerja dan tanggungjawab peribadi.
Asalnya memang ada niat macam itu (kahwin) tetapi kekangan masa dan masing-masing masih ada benda yang nak dikejar lagi.
Jadi kami kejar apa yang boleh, hal kahwin boleh buat selepas itu.
Sebenarnya kalau kata esok dia nak kahwin saya jalan saja. Saya okay saja sebenarnya, umur pun sudah 39 tahun.
Syazwan berkata demikian ketika ditemui di set lokasi penggambaran Pak Su Ammara, pada Rabu lalu.
Tambah pelakon Blood Brothers: Bara Naga itu, mereka tidak pernah bertengkar mengenai keputusan menangguhkan perkahwinan, malah Syazwan memuji kekasihnya sebagai wanita yang matang.
Tiada perbalahan dan masalah pun ditambah pula dia lebih matang daripada saya, semuanya okay.
Ada juga kami berbual ‘eh jadi ke kahwin tahun ini?’ sebab kursus kahwin pun kami tak ambil lagi.
Jadi, ada benda yang wajib tak buat lagi dan macam mana nak pergi ke langkah seterusnya? Namun kami memang ada bincang bila nak pergi cuma tiada sebarang ketetapan lagi.
Tiada isu

Mengulas lanjut, Syazwan turut menegaskan tiada campur tangan keluarga dalam keputusan tersebut.
Isu keluarga pun tidak timbul sebab ibu bapanya sudah tiada, sementara mak saya pula sudah meninggal dunia. Ayah pun okay dan ikut saja kalau saya sudah bersedia.
Saya ikut sahaja aturan Tuhan. Mungkin lepas raya dua tahun lagi, kita pun tak tahu dan okay saja.
Terdahulu, Syazwan dan Syawariah pernah mengikat pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga kekasihnya di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat.
Namun, mereka sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.
Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bertaut kembali dan Syazwan juga memberitahu perancangan mereka untuk berkahwin pada tahun lalu.
The post Syazwan Zulkifly Tangguh Hasrat Kahwin, Puji Kekasih Matang – ‘Ada Benda Yang Nak Dikejar Lagi…’ first appeared on OHBULAN!.





