
Penyanyi, Syasya Rizal mendedahkan dirinya berasa sangat teruja dan gembira untuk menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.
Beraya sebagai isteri & ibu

Ketika ditemui , Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, terdapat sedikit kelainan pada Aidilfitri tahun ini apabila dirinya akan menyambut perayaan tersebut sebagai seorang yang bergelar isteri dan ibu.
Saya sangat teruja sebab ini tahun pertama di mana saya beraya bersama keluarga mentua.
Sangat teruja ditambah pula ini raya pertama sebagai seorang isteri dan ibu.
Syasya berkongsi perkara tersebut ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai persiapan, ibu kepada seorang anak ini memaklumkan dia sudah pun membeli beberapa pasang baju namun, dalam masa yang sama meluahkan rasa pelik terhadap suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie yang lebih cerewet ketika mencari pakaian.
Baju mak (Syasya) dah ‘settle’ dah tapi itulah saya pun pelik sebab selalunya orang kata senang nak cari baju lelaki tetapi sebenarnya lagi susah.
Sebab apa tau, kami dah pergi beberapa pusat membeli belah tapi baju suami tak juga jumpa-jumpa lagi.
Suami saya sangat cerewet bab cari baju. Dia begitu teliti bab jenis kain, berapa poket dan butang di baju.
Nak beli satu pun susah tapi penyudahnya, dia beli atas talian juga.
Tapi tak apalah, asalkan suami saya bahagia.
Untuk rekod, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.
Sehinggalah pada 20 April 2023, Syasya mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Nasrullah dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember 2024.





