28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jimi Dikhianati & Melepaskan Cinta Palsu Menerusi Lagu ‘Selingkuh’

    Shopee Sale

    Penyanyi Jimi tampil dengan single terbaharunya, ‘Selingkuh’, sebuah karya yang memaparkan perjalanan emosi seseorang yang dikhianati dan keberanian untuk melepaskan hubungan yang penuh kepalsuan. 

    Selingkuh oleh Jimi

    Menggabungkan unsur rock dan elektronik, lagu ‘Selingkuh’ hasil ciptaan komposer Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush membawa pendengar menyelami konflik emosi dari kekecewaan mendalam hingga kepada keputusan untuk menegakkan maruah dan ketenangan diri. 

    Menurut Jimi, menyanyikan lagu ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna.

    Saya beri sepenuh tenaga dan jiwa untuk setiap notanya. Lagu ini bukan sekadar tentang kecurangan, tetapi tentang keberanian menerima kenyataan dan jujur dengan diri sendiri bila terus bertahan hanya mendatangkan sakit.

    Rakaman vokal selesai dalam masa sekitar 4 hingga 5 jam, namun Jimi mengakui beberapa bahagian memerlukan fokus tinggi untuk memastikan emosi dan tenaga rock sampai dengan tepat.

    Cabaran utama ialah mengekalkan vibe rock tanpa kehilangan identiti saya sendiri. Kali ini saya perlu lebih agresif dari segi vokal, tetapi tetap mengekalkan emosi lagu,

    Bagi Jimi, Selingkuh bukan sekadar lagu tentang putus cinta, tetapi simbol kejujuran, keberanian dan pembebasan diri daripada kepalsuan.

    Pendengar akan merasakan pengalaman berbeza, dengan gabungan tenaga rock dan emosi yang dekat dengan realiti. Lagu ini menonjolkan sisi saya yang lebih garang dan bertenaga.

    ‘Selingkuh’ kini boleh didengar di semua platform digital, termasuk Spotify dan YouTube, dijangka menjadi salah satu karya paling berani dan jujur daripada Jimi setakat ini.

    MENARIK:  Apa Hukum Lekat ‘Sticker’ Lucah Di Kenderaan? Ini Penjelasan Jabatan Mufti

    The post Jimi Dikhianati & Melepaskan Cinta Palsu Menerusi Lagu ‘Selingkuh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah