31.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sule ‘Don’t Care’ Netizen Pertikai Mahalini Melahirkan Anak Lebih Awal – ‘Asalkan Cucu Saya Sihat & Selamat’

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian sudah bergelar bapa selepas isterinya yang juga penyanyi, Mahalini selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 15 Februari lalu.

    Jadi pertikaian netizen

    Walau bagaimanapun, kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Zairee Selina Quinlyn Kareema mendapat respon pelbagai daripada peminat di Indonesia.

    Masakan tidak, ada yang mula mempertikai dan mendakwa tempoh kelahiran pelantun lagu ‘Sial’ itu terlalu cepat memandangkan mereka baru melangsungkan perkahwinan pada Mei tahun lalu.

    Menjawab isu tersebut, bapa Rizky yang juga pelawak, Sule menegaskan bahawa dia tidak mengambil pusing terhadap pandangan dan tanggapan tidak baik dari orang ramai.

    Pada Sule, apa yang penting ialah cucu pertamanya itu selamat dilahirkan.

    Banyak pendapat nakal di luar sana yang mengatakan belum cukup sembilan bulan tapi sudah melahirkan.

    Malah ada juga yang mendakwa bayi dilahirkan pra matang serta beberapa perkara negatif lain dikeluarkan.

    Sebagai datuk, ‘I don’t care’ dengan semua itu. Yang penting anak saya bahagia. Orang mahu cakap apa pun terserah.

    Berkongsi mengenai keadaan cucunya, pelawak berusia 49 tahun itu memaklumkan anak kepada Mahalini dan Rizky berada dalam keadaan yang sihat.

    MENARIK:  Restoran Mana Paling ‘Legend’ Di GrabFood? Ini Keputusan 5-Star Awards 2024!

    Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Mei 2024.

    Namun, pasangan ini diarahkan untuk melakukan akad nikah sekali lagi iaitu pada 27 Disember lalu setelah mendapati pernikahan mereka sebelum ini tidak memenuhi rukun nikah.

    Sumber: Detik.com

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah