25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Dakwa Jadi Mangsa Keg*nasan, 20 Tahun Sabar Dengan Zahnita Wilson – ‘Dia Cuba Untuk Muay Thaikan Saya’

    Shopee Sale



    Setelah sekian lama mendiamkan diri, suami kepada Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery tampil membuat pengakuan mengejutkan ramai apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan aktres tersebut.

    Dia pernah belajar Muay Thai

    Memetik laporan Mstar, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

    Tambah Zackery, sepanjang 20 tahun hidup bersama, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang sentiasa minta untuk diceraikan.

    Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita). Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.

    Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?

    Berbicara lebih lanjut, Zackery berkata, pergaduhan pada November lalu tercetus apabila model tersebut bertindak menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya. Ujar Zackery lagi, rumah tersebut disewa Zahnita bagi menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal 2024.

    MENARIK:  Aina Abdul Menekankan Keperluan Berhati-Hati dalam Kerjasama dengan Pihak Penganjur - 'Diskusi Tentang Kos Adalah Penting'

    Zackery turut mendakwa Zahnita mula mengabaikan kebajikan anak-anak setelah aktif berniaga.

    Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya. Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya.

    Sebagai suami dan bapa, Zackery mahu isterinya itu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga apatah lagi anak bongsu mereka menghidap autisme.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah