29 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Bagi ‘Green Light’ Untuk Dayana Roza Kembali Aktif Berlakon

    Shopee Sale



    Pelakon Dayana Roza meluahkan hasrat untuk kembali aktif berlakon selepas melahirkan anak kedua pada hujung bulan Disember tahun lalu.

    Saya dah bersedia

    Menerusi temu bual bersama Dayana memberitahu dia sudah mendapat kebenaran daripada suaminya, A’dale Adham Ayahudin untuk kembali aktif dalam dunia seni.

    Saya bersedia untuk kembali aktif berlakon. Usia anak kedua ini juga sudah masuk enam bulan. Jadi, bolehlah saya meneruskan kerjaya ini.

    Sebagai persiapan untuk kembali aktif dalam bidang lakonan, Dayana berkata, dia giat melakukan senaman bagi mendapatkan bentuk badan seperti sebelum hamil dulu.

    Syukur kerana suami juga memahami minat saya dan tidak menghalang saya untuk aktif berlakon. Cuma, saya sendiri perlu tahu batas bersesuaian dengan status saya sebagai isteri dan juga ibu.

    Bidang lakonan memang minat saya sejak dulu. Jadi, buat masa ini saya terbuka untuk menerima tawaran yang bersesuaian dengan status saya.

    Bukan apa, tak boleh juga untuk meninggalkan anak terlalu lama dan begitu jauh,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020.

    Pada masa yang sama, Dayana turut meluahkan hasrat mahu meneroka bidang pengacaraan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

    Saya pernah menjadi pengacara sebelum ini, namun lebih mengutamakan tawaran dalam bidang lakonan.

    Jika diberikan peluang, saya ingin kedua-dua bidang ini. Mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.

    MENARIK:  Marsha Terharu Lagu ‘Hening Rindu’ Menang Reka Bentuk Bunyi Terbaik, Rangkul Trofi Emas Di Anugerah Content Asia 2025

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah