Abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq iaitu Space Dollah tumpang bahagia ekoran majlis pertunangan di antara adiknya dan selebriti Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Tak Tunjuk Emosi, Tapi Kalau Dia Diam…’
Majlis pertunangan
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Space Dollah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman berkongsi beberapa foto bersama Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Dalam pada itu, Space Dollah sempat berkongsi fakta menarik mengenai adiknya yang tidak pernah mengungkapkan kata-kata manis pada wanita sebelum ini.
Saat saya tahu Saddiq benar-benar mencintainya bila saya dengar dia kata ‘i love you’ pada Bella.
Fakta menarik, sepanjang 33 tahun saya mengenalinya, tidak pernah sekali pun saya dengar dia mengucapkan kata-kata itu.
Selain itu, Space Dollah turut menitipkan doa serta harapan agar perjalanan untuk fasa seterusnya dipermudahkan buat pasangan tersebut.
Saya doakan yang terbaik buat mereka.
Terdahulu, Saddiq dan Bella telah selamat mengikat tali pertunangan di dalam sebuah majlis indah yang berlangsung pada petang Sabtu.
Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram, Saddiq turut berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.
Untuk info, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Threads @truedollah
The post Space Dollah Dedah Syed Saddiq Ungkap ‘I Love You’ Buat Pertama Kali – ’33 Tahun Tak Pernah Dengar…’ first appeared on OHBULAN!.





