24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solat: Terapi Jiwa & Rahsia Kekuatan Tubuh

    Shopee Sale

    Solat fardu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan menjadi tiang agama dalam Islam, kerana ia membentuk asas keimanan serta mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah S.W.T.

    Artikel Berkaitan: Letak Yasin Bawah Bantal Sebab Takut Gangguan Jin? Ini Penjelasan Hukum Yang Anda Perlu Tahu

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Sunnah, Ini Kelebihan Kayu Sugi Untuk Penjagaan Mulut & Gigi Secara Semula Jadi

    Sama seperti senaman ringan

    Dalam sehari, seorang Muslim akan menunaikan sekurang-kurangnya 17 rakaat solat yang melibatkan pergerakan berdiri, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud, sekali gus ia memberi kesan positif terhadap kesihatan tubuh.

    Rangkaian pergerakan ini menyerupai senaman regangan ringan yang membetulkan postur tubuh dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang.

    Kajian kesihatan moden juga mendapati bahawa pergerakan dalam solat dapat mengurangkan risiko sakit belakang.

    Dari sudut psikologi, solat berfungsi sebagai ruang rehat semula jadi daripada tekanan kehidupan seharian. Ini dapat membantu mengurangkan tekanan emosi dan melegakan keletihan mental.

    Selain memberi manfaat struktur kepada tubuh, pergerakan solat turut mencetuskan tindak balas fisiologi yang positif.

    Keadaan relaksasi yang terbentuk ketika solat membantu menurunkan tekanan darah, memperlahankan kadar denyutan jantung dan membolehkan otot-otot berada dalam keadaan lebih tenang dan stabil.

    MENARIK:  Anak Kita Sedang Bahaya Di Alam Maya, Sudah Tiba Peraturan Baru Lindungi Kanak-Kanak Diperkenalkan

    Menurunkan tekanan darah

    Antara pergerakan yang paling memberi kesan kepada bahagian belakang badan ialah rukuk. Ketika ini, tekanan biasanya dirasai pada bahagian pinggang dan tulang belakang.

    Posisi rukuk yang betul iaitu belakang badan, pinggul dan lutut berada dalam penjajaran seimbang dapat membantu meregangkan otot punggung, paha, betis dan leher serta melancarkan aliran darah ke bahagian atas tubuh.

    Semasa bangun dari rukuk, ketegangan yang terkumpul dilepaskan secara berperingkat, menjadikan otot lebih fleksibel dan selesa.

    Pergerakan duduk di antara dua sujud pula meningkatkan keanjalan sendi serta menyokong peredaran darah ke bahagian kepala.

    Selain berupaya menstabilkan tekanan darah, ianya turut memberikan kesan positif terhadap fungsi otak, terutamanya dalam meningkatkan fokus serta kekuatan daya ingatan.

    Seterusnya, pergerakan sujud yang berulang juga membantu menstabilkan pelbagai sistem badan termasuk pernafasan, peredaran darah dan sistem saraf.

    Aliran darah dan oksigen yang lebih baik ke seluruh tubuh menyokong kesihatan jantung, meningkatkan fungsi otak serta membantu proses pencernaan melalui rangsangan pergerakan dalam sistem penghadaman.

    Sumber: Hijabista

    The post Solat: Terapi Jiwa & Rahsia Kekuatan Tubuh first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah