29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 14, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skandal Video Lucah: Pelakon 22 Tahun Bercuti Dengan Kekasih Di Bali

    Shopee Sale



    Laman media sosial menjadi panas selepas tular video lucah yang melibatkan pelakon berumur 22 tahun dan semestinya mengejutkan ramai orang.

    Sedang baring atas katil

    Foto: Tribun News

    Memetik laporan Insertlive, aktres yang dikenali sebagai Rebecca Klopper menjadi sasaran warganet.

    Dari wajah dan beberapa tanda di badan, netizen mendakwa wanita dalam video tidak senonoh itu adalah Rebecca Klopper yang merupakan kekasih kepada Fadly Faisal.

    Video yang berdurasi 47 saat itu menunjukkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil dengan pakaiannya dibuka. Selain itu, ada kelibat seorang lelaki juga yang dilihat sedang merakam wajah wanita yang didakwa Rebecca atau lebih mesra disapa Becca.

    Mengukuhkan lagi dakwaan, apabila terdapat tahi lalat di sebelah kiri yang sama dengan Becca. Bukan itu sahaja, tindikan di pusat juga dikatakan mirip dengan Becca.

    MENARIK:  Ismail Izzani Dah Lali Dengan Gosip Cinta, Akui Sedang Kenal Hati Budi Artis Indonesia – ‘Kami Dah Kenal Setahun Di Media Sosial’

    Bagaimanapun, sehingga kini, pemilik nama Rebecca Ayu Putri Klopper masih belum memberi sebarang penjelasan malah ruangan komen di Instagram (IG) telah ditutup.

    Difahamkan, Becca dan Fadly sedang bercuti di Bali, Indonesia.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah